Friday, March 25, 2016

Kanak-kanak, Batuk & Lendir..

Ha tajuk bajet2 mcm kita ni doktor or pakar kanak la pulak kan? Takla..sememangnya daku bukanlah sesiapa..hanya mak2 yg anaknya tak sihat dan susah hati selagi anak tak sihat..setelah bertahun tak berblog..barulah skrg berkesempatan nak menulis..tu pun sbb rasanya mcm ramai je mak2 yg berpengalaman or sdg menghadapi situasi sprt kt..

Citernya gini..Hannah batuk sejak bulan Januari..dia ni suka sgt minum & makan mknn org..agaknya tula berjangkitnya..sebelum ni tak pernah batuk gitu lama..kt xhabis lg berpantang anak ke-3 masa tu..berurut 40 hr pun xsempat..kelam kabut sbb baby prolonged jaundice..sebulan jgk berulak alik ke klinik amik darah sampai hampir nak investigate kenapa baby lama sgt jaundicenya..k la ni nak cerita pasal batuk hannah..cter prolonged jaundice nnti tak hbs pulak cerita batuk2 ni..haha..masa bulan 1 tu Hannah hanya batuk2 kering je..sekali sekala je dgr dia batuk..takde selsema atau demam..minggu pertama batuk, kt tak bawak pun jumpa doc..hanya bg Prospan je kat dia..ubat batuk herbs tu..minggu ke 2 masih lagi batuk..dah tak sedap hati & terus bawak gi klinik biasa..doc bagi antibiotik dan ubat batuk sidilix..biasanya kalau dia makan sidilix tu, 2 atau 3 hari dah baik..tapi yg ni masih jgk tak baik..

Lepas sebulan dgn Sidilix batuk Hannah tak baik jgk..& tiba2 Hannah dah start demam..time dia demam la kami mak ayah dia sgtla cuak..demam adalah benda yg ktorg mmg trauma sgt sbb Hannah pernah 'fit'..Pertama kali fit betul2 depan kaunter klinik..Jantung mcm nak gugur tgk bibir dia biru & mata pandang atas..& dapat tau dia denggi time tu..skrg ni kalau sape2 demam ke ktorg memang akan gilir2 jaga anak2 even malam pun xkan tidur..serius seriau sgt aih..demam bkn benda leweh2 tau..

Sambung balik yg dia tiba2 demam td..terus bawak gi klinik..mcm biasa klinik bg ubat demam, selsema (sbb time tu dia dah selsema), batuk & antibiotik..skrg ni kiranya Hannah dah telan 2x antibiotik..mommy yg nak nangis rasa..tension pantang pun xhbs lagi dah anak2 pulak xsihat...kami just fikir ujian Allah..sabar banyak2..sepanjang telan ubat tu Hannah dah xdemam..tp dia komplen sakit telinga..pernah pukul 3 pg gi klinik sbb dia meraung2 skt telinga..doc kata disebabkan cecair akibat selsema tu xdpt keluar melalui hidung (dah tersumbat) so cecair tu cuba utk keluar kot telinga atau mana2 rongga..sampaila gegendang die infected..tu yg jadi sakit tu..doc bagila ubat mkn..dia kata biar telinga tu kering je..

Lepas je hbs semua ubat termasuk antibiotik (7 hari) demam dia dtg balik..masa tu pkl 4 pg..ktorg dah xnak pegi klinik biasa, terus gi kecemasan kat Tropicana Medical Centre..1st day Chinese New Year..dekat kecemasan tu tunggu agak lama sbb xde bilik kosong..doc advise utk balik dulu & dia bg ubat titis telinga & demam..so balik ktorg pun bg je la ubat2 tu ingatkan sbb dia berjangkit balik dgn adik..owh btw masa tu Fayyadh pun dah demam..si baby tu pun dah batuk2..maunya tak pening mommynye ni..semua sekali tak sihat termasukla si kecik tu..lagila takut kan sbb baby sgt fragile..Hannah demam bila kesan ubat dah hbs dan dia tak demam bila ambik ubat..dah mcm apa pulak demam dia ni..esoknya yg plg kiteorg melompat sbb demam dia time tu 42c..maunya tak melompat mcm tu punya tinggi..kita yg dewasa ni pun kalau dah 39 rasa  mcm nak meraung, ni kan pulak dia yg budak2 xreti nak cakap sakit mcm mana. 2nd day Chinese New Year, kiteorg insist nak dia warded..amik jugak darah utk test kenapa demam dia tak kebah2..9 pagi register, 4 ptg baru dapat masuk bilik..Tq to our insurance agent En Hafiz - Great Eastern Takaful (012 222 9525) assist kiteorg dr A-Z..actually ktorg ni tak kisah insurans apa pun asalkan ada agen yg sgt membantu mcm En Hafiz ni..

4 hari 3 malam menginap..cewah dah mcm duk hotel dah..dah jumpa PAED dia..ENT specialist..rupanya dia demam virus which is virus dia sgt tinggi bacaannya..& telinga dia plk dah bernanah bagai..doc drip antibiotik & ubat2 lain..adoila susah betul hati kiteorg ni..mana nak uruskan baby yg menyusu lg..last2 daddynya la yg jaga..mommy dtg siang sbb baby mmg menyusu melekap dgn mommynye..huhu..

Lepas discharge barula lega sikit hati kt ni..tapi batuk masih on..apakah?? Memang ramai org kata batuk ni mmg degil..yg cepat tu okla..tp ada sekali kena tu berbulan2 tu yg tak tahan tu..Macam2 petua kt buat dari hari ke hari..trend dia naik turun..hari ni batuk teruk..esok batuk sikit..tp tak ada yg stop betul..petua bawang putih pun buat sampai melepuh jugakla kaki dieorg ni...Baby Aisyah batuk 3 hari je seingat kt..bfeed je hari2 Alhamdulillah terus xbunyi..Fayyadh quite lama dlm 2 minggu..tapi Hannah dah hampir 2 bln time tu..Kami try pulak kapur sireh  dgn limau..batuk stop 2 hari..dia mcm control batuk..tapi tak hilang jgk..lps 2 hari ada balik cuma tak teruk mcm yg sebelumnya..

Kaki Hannah yg melepuh..kesian anak mommy..
Sampaila kami jumpa Terapi Sonotron..banyak jugak yg suggest terapi sonotron ni..mengubati tanpa sebarang ubat dan tiada kesan sampingan..teknologi ni dr US dan tak semua klinik ada..cuma ada bbrp klinik je di Lembah Klang ni..u all boleh google apa itu Terapi Sonotron..

Terapi sonotron..alat dia mcm hair dryer..huhu..
Lepas sebulan buat terapi sonotron untuk hampir 10 kali..batuk still ada cuma tak teruk..tapi masih ada..tu yg kt tak puas ht lagi..sampaila awal bln 3 kt start mencari balik klinik2 terbaik utk rawat masalah batuk ni..mommy mmg penat terlajak  tp mommy mmg xkan putus asa..Terapi sonotron tu kami buat di Pusat Terapi Sonotron As Shifa di Selayang..15 minit RM30 shj..banyak pesanan doc kat sini berkenaan pantang makanan sprt air batu, buah2an, kacang2, ubi kentang, fries, coklat & gula..nasib baik Hannah xsuka kebanyakkannya kecuali die suka makan kentang..

Selain tu, kami pegi jugak cuba rawatan Homepathy..sebabnya..mmg kami satu keluarga termasuklah sepupu sepapat serasi dgn rawatan Homepathy ni..doc akan amik rambut kt dan letak di satu tempat mcm ada elektromagnet gitula nak tgk brp peratus penyakit tu ada dlm bdn kita..rawatannya ke atas mommy Alhamdulillah berkesan cuma dia amik masa utk sembuh..ni antara ubat2 utk Hannah masa pegi Homepathy di Ampang..Homepathy Hashimee bersebelahan Tesco Ampang..

Rasa gula2..kemam2 gitu
Alhamdulillah mungkin Allah nak gerakkan hati adik ipar kt..die cerita ttg dia batuk zaman kecik2 dulu mcm Hannah..berbulan2..last2 mak dia bawak jumpa sorang doc ni dkt Sentul..nama klinik dia Klinik Baharom (Glamer di kalangan org2 asthma, sakit lutut, sakit kulit)..u all boleh Waze..mmg terus jumpa dlm Waze..doc tu kata adik ipar kite ni alergik & brochitis..sbb tu batuk2..hampir nak asthma tapi belum kena lagi..

Sama universiti la kt doc..huhu
15 Mac kita terus bawak Hannah (mlm sblm tu dia batuk smpai dah bunyi wheezing) gi Klinik Baharom..Alhamdulillah tak ramai org..terus dapat jumpa doc..1st sekali dia tanya history Hannah..kt cter semua sekali dr jan sampaila march..die check dada Hannah..ada bunyi wheezing..doc kata Hannah Alergik..& Brochitis (bawah sikit dr asthma)..doc terus bg satu nota kecik tentang benda2 yg Hannah kena avoid..ce tgk nota ni..bagus kan?


Lepas je check dada & history Hannah doc buat ultrasound plk sbb nak tgk kot ada lendir kat paru2..doc kata dia hanya dengar ada lendir kat dada je..bila check ultrasound mmg ada lendir di dada..& doc kata kebanyakan budak batuk sbb lendir2 tu..selagi lendir tu ada selagi tu dia tak baik2..
(Hannah ni dr batuk kering-->batuk kahak--> batuk kering balik) Lepas ultarsound doc suruh Hannah amik Neb (sepanjang almost 3 bulan Hannah batuk, ada 2 kali Hannah amik Neb sbb doc dgr kahak dlm paru2 dia). Doc Baharom kata, neb tu akan cairkan kahak dia..so dgn relax Hannah pun amikla nebulizer tu..

Hannah yg steady..
Doc minta baca doa2 ni masa Neb..dia kata bkn dia yg menyembuhkan tp Allah swt
Lepas neb, Hannah kena duduk luar bilik doc selama 10 minit supaya kahak td cair sbb doc akan tepuk percussion & sedut kahak.. Lepas 10 minit assistant doc panggil masuk, tapi mommy tak blh masuk..doc advise xbg tgk..huwa..takutnya..but dont worry dr baharom ni dah pakar sgt..Doc dah explain dia akan buat tepuk percussion, sedut kahak dan 1 injection yg ada 3 fungsi utk anti alergik, anti lendir & antibiotik. Dalam masa yg sama dia amik darah utk lab test tgk kot2  darah ada jangkitan, tibi dsb..

Dari luar mommy dgr Hannah nangis siap ckp "ADUI..ADUI..YA ALLAH..SAKITNYA" Sedih betul..mommy menangis kat luar tu..bila dah siap, terus kt masuk peluk dia..

Sayang anak mommy
Lepas setel semua doc pesan supaya jg pantang..yg nota alergik tu..dan doa byk2..ada 5 ubat Hannah kena mkn & Hannah kena jumpa doc blk lg 2 minggu. Ubat tu ubat alergik, lendir, batuk, pernafasan & antibiotik. Jumlah byrnnya RM420..mahal atau murah kami dah xkisah aslkan anak2 dpt rawatan terbaik & kesihatan yg berpanjgn..

ubat2 yg sedap..huhu
Sekarang dah 2 minggu..mesti ramai nk tau hasilnya kan..24 Mac Hannah follow up lagi dgn Dr Baharom..tp Hannah dah tak perlu disedut kahaknya..dah xde hingus dah..semuanya dah kering..apa yg kami boleh katakan..syukur..syukur..syukur Ya Allah..terima kasih Allah kerana sentiasa ingat kami..drpd 5 ubat..Hannah dapat 2 ubat baru iaitu vitamin utk antibody die (utk sebln) dan ubat cegah lendir (utk sebln jgk) batuk dll ambil ketika perlu je.. byrn lbh kurang mcm yg pertama..syukur ya Allah..terima kasih krn masih lg syg pd hambaMu yg hina ni..terima kasih jg pd semua yg mendoakan kesihatan kami.

Doc Baharom juga seorg tabligh..dlm sethn mesti dia akan pegi 2-3 bln ke mana2 negara yg dia nk pegi..so dia da bg ubat siap utk cegah dan rawat sekali..

Alhamdulillah atas semua ujian..yg baik dtgnya dr Allah & yg buruk dr sy sendiri..semoga kawan2 dpt manfaat dr apa yg diceritakan ni..












Sunday, September 29, 2013

Fashion Show Fareeda (New Design of FAREEDA AISYA)

Assalamualaikum & greetings all..!

Entry kali ni nak bercerita tentang tudung favourite kite iaitu tudung brand Fareeda..memang tak dapat dipisahkan tudung dan wanita..hehe..tapi me suka sangat pakai semua design2 FAREEDA..sentiasa keluar dengan Idea2 baru yang kita pun tak terfikir..

Seperti yang semua sedia maklum, FAREEDA adalah syarikat Bumiputera Melayu yang diasaskan oleh Pn Faridah Zakaria..dan beliau juga la yang mencipta berbagai2 variasi tudung yang kalau orang perempuan pakai..mesti jatuh cinta..yang berawning ada..yang tak berawning pun ada..so u alls boleh tengok sendiri betapa pantasnya FAREDA updates new design mereka di page ni ye..


FYI, Pihak FAREEDA telah melancarkan rekaan terbaru mereka iaitu FAREEDA AISYA pada 15 September yang lepas..so macam mana rekaan terbaru mereka ni ye..u alls boleh scroll gambar2 di bawah untuk tengok rekaan FAREEDA AISYA ni..
Emcee Fashion Show FAREDA AISYA...Pn Suhaili Mohamad...
Ramai2 before start the show

With Cik Adila

Snap2 with Pn Nelly
Boleh intai tudung FAREEDA AISYA dengan warna2 menarik di belakang kami...meruntun jiwa..

With Ain
Fashion show FAREEDA AISYA start dlm pukul 3 petang..

Me yg malu2 kucing


Fareeda Asiya Tone 2 kaler
Tudung ini boleh ditempah terus dari Butik mereka yang terletak di Bandar Baru Bangi

  So selepas show..snap lagi..

Muka happy
Jumpa lagi u alls!!
Lepas habis fashion show..penonton boleh shopping tudung..yeay..!
Harga FAREEDA AISYA di antara RM125-RM135 (promo)

Ok tu je nak cerita..

See u then..tata!



Friday, September 6, 2013

PARIS..Shopping Paradise! - LAST PART!

Assalamualaikum & greetings all!!

Finally dah di penghujung percutian dah we all ni..rasa sedih..sebab selama 6 hari ni dah bersama bertiga ke mana2..nanti bila masuk office mesti rindu dengan hubby & Hannah..Hari yang ke 7 ni kami dah plan untuk ke Paris dari Brussels, Belgium..coz we will depart to KL from Paris..i chose depart dari Paris sebab combination tu antara yang termurah masa booking flight dengan Qatar Airways hari tu..KL - LONDON, PARIS - KL..So what we wanna do in Paris?? Bagi mereka2 yang shopaholic..Paris would be the destination that they must go...and of course kerana Paris juga banyak tempat cantik dan menarik untuk dikunjungi..

At the first place, ramai yang memberi peringatan untuk be careful while we are in Paris..sebab ramai pick pockets yang sangat profesional..tq guys for reminding us..coz of that..we decided untuk berada di Paris 3 hari 2 malam sahaja..tapi lepas tu rasa menyesal pulak..patutnya..masa di London tu kena pendekkan and stay longer in Paris..we had so much fun there!

Tapi mestila berhati2 jugak dengan pick pockets atau mereka2 yang homeless..
Happy2 jugak..if hilang passport tak ke naya? Banyak cerita yang kita jumpa dalam blog..ada yang hilang luggage..hilang passport..tapi tawakal je la..kami sangatla protective to each other..sentiasa je memerhati mereka2 yang weird..haha..kelakar je rasa..dah macam mata2..

DAY 7 - BRUSSELS - PARIS

Train kami ke Paris dari Brussels Midi adalah pada jam 7.15 pagi..paginya..kesian Tuan Faizal awal2 pagi dah bangun hantar kami ke station..semalamnya letih tak hingat berjalan ke Volendam & Zaanse Schans, Holland..pagi2 wife Tn Faizal dah siapkan bekal kami iaitu nasi putih dengan lauk ayam blackpepper..lauk tu la yang memenuhkan perut ini for the next 2 days..Paris agak susah juga nak cari kedai makanan Halal..Alhamdulillah ada bekalan..and tqsm to mereka sekeluarga untuk selama 3 hari kami berada di Brussels..memang pengalaman yang sangat indah..best2!

Jam 6.45 pagi kami dah tiba di train station Brussels Midi..if dari London to Brussels kami naik Eurostar, kali ni kami naik Thalys untuk ke Paris..sama juga sistem dia..hanya book melalui eurostar website je..price lebih kurang 25 euro seorang..perjalanan mengambil masa satu jam..

Akhirnya selepas satu jam perjalanan..kami tiba di Paris Nord (train station di Paris)..
Paris Nord - Pagi2 dah ramai orang
Sedang bersiap sedia macam nak berperang time ni..luggage semua pegang kuat2..haha..
Sampai di Paris pagi sangat..so nak check in hotel pun macam segan2 ayam pulak..just lepak2 dulu sebelum kami naik cab ke hotel..kami booked di Hotel Quality Malesherbes...berdekatan dengan La Fayyatte..Printempts...all the shopping mall di Paris..walking distance dalam 10 minit dari hotel kami..if nak naik metro (underground) pun boleh..so jangan lupa untuk ambil map metro di train station atau pun ada juga disediakan di Hotel..

Then kami pun ready untuk ambil cab ke hotel dengan charge sebanyak 12 euro if im not mistaken..sampai je di hotel..kami cuba untuk check in..and sepanjang kami di Paris, kami tak rasa sangat language barrier coz my hubby dah siap2 download translation punya application dalam gadget dia...receptionist di hotel pun boleh speaking..so..okla..takla rasa terasing sangat..
Inila hotel kami
Unfortunately receptionist tu kata tak boleh check in lagi coz bilik tak ready..we have to come back at 2pm..ok fine..so kami just drop luggage je kat situ..since my hubby kata dia nampak La Fayyatte open at 8am (tajam je mata dia bab2 ni)..kami pun terus ke sana..time ni kami survey2 dulu anything..untuk my mom, sister, brothers..mom in law..semua la..sebab di kebanyakan tempat yang kami pergi, belum sempat lagi nak belikan apa2 untuk mereka..

Pagi2 lagi dah q macam ni..how come? If sesiapa bawa stroller with BABY (if takde baby tak boleh ye), u alls tak payah beratur..
 Murah sangat ke sampai semua butik2 branded ni kena beratur untuk masuk? Tapi sebenarnya..harganya memang murah selepas kita dapat tax refund..kadang2 tax refund dia boleh sebanyak harga flight ticket ke Paris..pheww..kalau di Harrods penuh orang2 Arab..di La Fayyatte pula, penuh pelancong2 dari China/Taiwan..tu yang dapat kami observe..& sales assisstant dia pula sangat genuine/pure compared to Harrods..haha..nampak keikhlasan dia tu..actually kat mana2 je dalam Paris ni kita boleh jumpa Chanel, LV etc..so bolehla pilih nak shopping kat mana..huhu
Comel x? Tengok2 je..
La Fayyatte - Shopping mall
Time ni i just bought 1 bag for my sister..& then nak hot stamping kat bag tu..so kena tunggu about 2 hours...sementara nak tunggu siap, kami brunch kat level 6 iaitu La Fayyate Cafe..boleh tahan sedap jugakla food dia..we all makan grilled salmon with fries..price pulak tak la mahal sangat..just standard price..but what we noticed..harga souvenir kat Paris agak mahal dari tempat2 yang kami dah pergi..hrmm..menyesal pulak tak beli tshirt, keychain ke, kat London..cheaper than Paris..redha je la..

At 2pm, terus balik hotel balik untuk check in..nice room..tapi lift dia bapak sempit..sorang je boleh muat..dgn luggage..macam mana la dieorg ni..aduila..

Lepas check in di hotel, semua ke laut..huhu..letih semalam tak habis lagi..pagi pulak kena bangun..nak buat macam mana..time tu la ticket price train nak ke Paris ni murah compared to masa2 yang lain..

Dalam pukul 4.30 pm terjaga..if duduk saja, membazir pulak masa tu kan..so we all decided untuk ke Champs Elsyees..apa yang ada kat sini? macam jalan Tar kot..just brand dia je yang gah2..kami naik Metro dari St Augustin ke Champ Elysees..tapi kena tukar train di Franklin D.Roosevelt..untuk memudahkan u alls..download application Metro di Paris dalam gadget masing2..sangat memudahkan untuk kita plan perjalanan kita..and takdela kita asyik nak tanya orang2 France yg tak layan speaking..hehe
Metro (Underground)..sangat efisyen!
Di Champ Elysees
mana nak start shopping ni?
Daddy dah shopping..tak boleh jadi nih..
So hari pertama kami penuh dengan aktiviti menyoping dan menelaah map metro..On the way balik tu kami terperasan satu kedai makanan halal..syukur..payah bebeno nak carinya..dapatla beli ayam sekor..lagipun lauk Maria ada lagi..sampai je di hotel..makan cepat2 disebabkan kelaparan teramat..hotel Quality ni akan lock pintu depan dia jam 6 petang..rasa secure la jugak..sebab time tu orang2 homeless ni dah mula kelihatan..so cepat2 balik & kurangkan keluar malam2 k..  

DAY 8 - TOUR DE PARIS!

Macam biasa..hari kedua baru kami akan jalan2 di sekitar kota Paris..kami dah book awal2 hop on hop off (HOHO) di Malaysia through online..kali ni kami just ambil HOHO 24 hours and FREE River cruise..asyikla beriver tak habis..sebab kota dieorg ni memang banyak sungai..dah ada sungai..banyakla pulak jambatannya..

Paris banyak sangat monumen yang cantik2..to me sangat cantik! Patutla orang2 seni suka ke Paris..in fact Parisla world's no 1 tourism destination..sangat berseni..tapi banyak sangat patungnya..kalau kat rumah..mak kata takut malaikat tak masuk...:))

Kami ke tempat HOHO ni bermula jam 11 pagi..agak lewat..sebab terlewat bangun..
Dalam HOHO tu kami duduk saja..malas nak turun..memang nak rehat2 sambil tengok pemandangan kota Paris..Just snap picture dari dalam bas..so ada la beberapa picture yang nampak pantulan cahaya..huhu..


Musee De Lurve
Dua Beranak
Pintu gerbang ni di Champs Elysees


Banyak2 tu tak tau nama..ni je la yang tau..Eiffel Tower..cuaca sgt best untuk berposing..kejap mommy.kejap daddy..kalau tak malu mintak orang2 di situ tolong ambil gambar..


Kami lagi..
Macam park..hang out bawah pokok..
Nak ke cruise..
we have to redeem ticket untuk naik cruise di sini
Bridge dia pun cantik kan..

Dari tempat cruise
My Favourite picture!
Bahagianya bila kamu semua di sisi..

Hannah pun nak gambar sorang2 kat Eiffel tower..
Sape nak beli Keychain, beli kat sini..murah sangat2..beli kat orang2 africa..kesian dieorg panas2..cari duit untuk sesuap nasi..macam kat Bandung pulak aku rasa..beli 5 euro dapat 50 keychain Eiffel Tower..
Sebelum shopping minum dulu..
Hannah dah tidur & time to continue shopping..haha
Lepas habis HOHO, cuci mata lagi ke La Fayyate..tak habis2 mommy & daddy Hannah ni..
Bila dah menyoping mula la fikir tak cukup luggage..oh ye..jangan lupa untuk minta borang tax refund di semua butik yang u alls pergi ye..if di London minimum purchase must above 30 pound, di Paris lain sikit..mesti lebih 130 euro baru entitle untuk tax refund..

Hasil kenyopingan..huhu..harga memang murah dari di Malaysia..pening kepala nak packing..adoi..
Malamnya terus fengsan tak sedar diri..sampai terlupa nak makan..nasib ada maggi...maggi oh maggi..memang menyelerakan! 


DAY 9 - LAST DAY

Sedar tak sedar..akhirnya berakhir juga percutian kami..rasa tak puas holiday di Paris..banyak lagi tempat2 menarik yang kami tak jejak..so..sesiapa nak ke europe, stay la lama2 di Paris..puas jalan..puas shopping..haha..

Jam 6 pagi mommy dah bangun siapkan makanan Hannah & daddy..packing2 etc sementara Hannah and daddy di buai mimpi..jangan tak tau..mommy siap bawa lagi steamer & blender Hannah..sebab Hannah tak suka makan benda2 lain selain carrot & sweet potatoe..tu yang penuh luggage tu..

Dengan barang2 yang dishopping..termasuklah souvenir..diisytiharkan beg kami memang tak muat..so..memang kena pergi cari mana2 beg murah kat kedai2 di kawasan ni..then terus kejut hubby & siapkan cik Hannah..

Sebelum check out..sempat lagi kami layan perasaan kat beranda hotel..depan hotel kami ni mcm monumen..

We will check out at 12pm..so..we decided to leave our luggage di counter & terus ke La Fayyatte lagi..lagi?? balik2 muka kiteorg menebeng kat situ..haha..on the way ke La Fayyate tu terjumpa pulak kedai beg yang murah2..beli beg 10 euro..pheww! nasib jumpa yang murah..bolehla letak baju2 kotor..then lunch di Level 6, La Fayyate..

Flight kami jam 10.30 malam..tapi kami plan untuk tiba awal di airport untuk uruskan hal2 tax ni..kami tiba di airport jam 5.30 petang..so plan untuk jalan2 nyoping di airport pulak..haha..sebab di airport dah takde tax dikenakan..

Itula ceritanya kami di Paris..

As a conclusion.. Paris memang kota cinta, nice people..tapi makanan halal agak susah sikit, souvenir mahal sikit..best untuk shopping..! Two words Paris yg kami selalu guna..Bonjour & Merci! Haha..

Next vacation nanti for the next entry ye..:))

Till we meet again..