Friday, March 25, 2016

Kanak-kanak, Batuk & Lendir..

Ha tajuk bajet2 mcm kita ni doktor or pakar kanak la pulak kan? Takla..sememangnya daku bukanlah sesiapa..hanya mak2 yg anaknya tak sihat dan susah hati selagi anak tak sihat..setelah bertahun tak berblog..barulah skrg berkesempatan nak menulis..tu pun sbb rasanya mcm ramai je mak2 yg berpengalaman or sdg menghadapi situasi sprt kt..

Citernya gini..Hannah batuk sejak bulan Januari..dia ni suka sgt minum & makan mknn org..agaknya tula berjangkitnya..sebelum ni tak pernah batuk gitu lama..kt xhabis lg berpantang anak ke-3 masa tu..berurut 40 hr pun xsempat..kelam kabut sbb baby prolonged jaundice..sebulan jgk berulak alik ke klinik amik darah sampai hampir nak investigate kenapa baby lama sgt jaundicenya..k la ni nak cerita pasal batuk hannah..cter prolonged jaundice nnti tak hbs pulak cerita batuk2 ni..haha..masa bulan 1 tu Hannah hanya batuk2 kering je..sekali sekala je dgr dia batuk..takde selsema atau demam..minggu pertama batuk, kt tak bawak pun jumpa doc..hanya bg Prospan je kat dia..ubat batuk herbs tu..minggu ke 2 masih lagi batuk..dah tak sedap hati & terus bawak gi klinik biasa..doc bagi antibiotik dan ubat batuk sidilix..biasanya kalau dia makan sidilix tu, 2 atau 3 hari dah baik..tapi yg ni masih jgk tak baik..

Lepas sebulan dgn Sidilix batuk Hannah tak baik jgk..& tiba2 Hannah dah start demam..time dia demam la kami mak ayah dia sgtla cuak..demam adalah benda yg ktorg mmg trauma sgt sbb Hannah pernah 'fit'..Pertama kali fit betul2 depan kaunter klinik..Jantung mcm nak gugur tgk bibir dia biru & mata pandang atas..& dapat tau dia denggi time tu..skrg ni kalau sape2 demam ke ktorg memang akan gilir2 jaga anak2 even malam pun xkan tidur..serius seriau sgt aih..demam bkn benda leweh2 tau..

Sambung balik yg dia tiba2 demam td..terus bawak gi klinik..mcm biasa klinik bg ubat demam, selsema (sbb time tu dia dah selsema), batuk & antibiotik..skrg ni kiranya Hannah dah telan 2x antibiotik..mommy yg nak nangis rasa..tension pantang pun xhbs lagi dah anak2 pulak xsihat...kami just fikir ujian Allah..sabar banyak2..sepanjang telan ubat tu Hannah dah xdemam..tp dia komplen sakit telinga..pernah pukul 3 pg gi klinik sbb dia meraung2 skt telinga..doc kata disebabkan cecair akibat selsema tu xdpt keluar melalui hidung (dah tersumbat) so cecair tu cuba utk keluar kot telinga atau mana2 rongga..sampaila gegendang die infected..tu yg jadi sakit tu..doc bagila ubat mkn..dia kata biar telinga tu kering je..

Lepas je hbs semua ubat termasuk antibiotik (7 hari) demam dia dtg balik..masa tu pkl 4 pg..ktorg dah xnak pegi klinik biasa, terus gi kecemasan kat Tropicana Medical Centre..1st day Chinese New Year..dekat kecemasan tu tunggu agak lama sbb xde bilik kosong..doc advise utk balik dulu & dia bg ubat titis telinga & demam..so balik ktorg pun bg je la ubat2 tu ingatkan sbb dia berjangkit balik dgn adik..owh btw masa tu Fayyadh pun dah demam..si baby tu pun dah batuk2..maunya tak pening mommynye ni..semua sekali tak sihat termasukla si kecik tu..lagila takut kan sbb baby sgt fragile..Hannah demam bila kesan ubat dah hbs dan dia tak demam bila ambik ubat..dah mcm apa pulak demam dia ni..esoknya yg plg kiteorg melompat sbb demam dia time tu 42c..maunya tak melompat mcm tu punya tinggi..kita yg dewasa ni pun kalau dah 39 rasa  mcm nak meraung, ni kan pulak dia yg budak2 xreti nak cakap sakit mcm mana. 2nd day Chinese New Year, kiteorg insist nak dia warded..amik jugak darah utk test kenapa demam dia tak kebah2..9 pagi register, 4 ptg baru dapat masuk bilik..Tq to our insurance agent En Hafiz - Great Eastern Takaful (012 222 9525) assist kiteorg dr A-Z..actually ktorg ni tak kisah insurans apa pun asalkan ada agen yg sgt membantu mcm En Hafiz ni..

4 hari 3 malam menginap..cewah dah mcm duk hotel dah..dah jumpa PAED dia..ENT specialist..rupanya dia demam virus which is virus dia sgt tinggi bacaannya..& telinga dia plk dah bernanah bagai..doc drip antibiotik & ubat2 lain..adoila susah betul hati kiteorg ni..mana nak uruskan baby yg menyusu lg..last2 daddynya la yg jaga..mommy dtg siang sbb baby mmg menyusu melekap dgn mommynye..huhu..

Lepas discharge barula lega sikit hati kt ni..tapi batuk masih on..apakah?? Memang ramai org kata batuk ni mmg degil..yg cepat tu okla..tp ada sekali kena tu berbulan2 tu yg tak tahan tu..Macam2 petua kt buat dari hari ke hari..trend dia naik turun..hari ni batuk teruk..esok batuk sikit..tp tak ada yg stop betul..petua bawang putih pun buat sampai melepuh jugakla kaki dieorg ni...Baby Aisyah batuk 3 hari je seingat kt..bfeed je hari2 Alhamdulillah terus xbunyi..Fayyadh quite lama dlm 2 minggu..tapi Hannah dah hampir 2 bln time tu..Kami try pulak kapur sireh  dgn limau..batuk stop 2 hari..dia mcm control batuk..tapi tak hilang jgk..lps 2 hari ada balik cuma tak teruk mcm yg sebelumnya..

Kaki Hannah yg melepuh..kesian anak mommy..
Sampaila kami jumpa Terapi Sonotron..banyak jugak yg suggest terapi sonotron ni..mengubati tanpa sebarang ubat dan tiada kesan sampingan..teknologi ni dr US dan tak semua klinik ada..cuma ada bbrp klinik je di Lembah Klang ni..u all boleh google apa itu Terapi Sonotron..

Terapi sonotron..alat dia mcm hair dryer..huhu..
Lepas sebulan buat terapi sonotron untuk hampir 10 kali..batuk still ada cuma tak teruk..tapi masih ada..tu yg kt tak puas ht lagi..sampaila awal bln 3 kt start mencari balik klinik2 terbaik utk rawat masalah batuk ni..mommy mmg penat terlajak  tp mommy mmg xkan putus asa..Terapi sonotron tu kami buat di Pusat Terapi Sonotron As Shifa di Selayang..15 minit RM30 shj..banyak pesanan doc kat sini berkenaan pantang makanan sprt air batu, buah2an, kacang2, ubi kentang, fries, coklat & gula..nasib baik Hannah xsuka kebanyakkannya kecuali die suka makan kentang..

Selain tu, kami pegi jugak cuba rawatan Homepathy..sebabnya..mmg kami satu keluarga termasuklah sepupu sepapat serasi dgn rawatan Homepathy ni..doc akan amik rambut kt dan letak di satu tempat mcm ada elektromagnet gitula nak tgk brp peratus penyakit tu ada dlm bdn kita..rawatannya ke atas mommy Alhamdulillah berkesan cuma dia amik masa utk sembuh..ni antara ubat2 utk Hannah masa pegi Homepathy di Ampang..Homepathy Hashimee bersebelahan Tesco Ampang..

Rasa gula2..kemam2 gitu
Alhamdulillah mungkin Allah nak gerakkan hati adik ipar kt..die cerita ttg dia batuk zaman kecik2 dulu mcm Hannah..berbulan2..last2 mak dia bawak jumpa sorang doc ni dkt Sentul..nama klinik dia Klinik Baharom (Glamer di kalangan org2 asthma, sakit lutut, sakit kulit)..u all boleh Waze..mmg terus jumpa dlm Waze..doc tu kata adik ipar kite ni alergik & brochitis..sbb tu batuk2..hampir nak asthma tapi belum kena lagi..

Sama universiti la kt doc..huhu
15 Mac kita terus bawak Hannah (mlm sblm tu dia batuk smpai dah bunyi wheezing) gi Klinik Baharom..Alhamdulillah tak ramai org..terus dapat jumpa doc..1st sekali dia tanya history Hannah..kt cter semua sekali dr jan sampaila march..die check dada Hannah..ada bunyi wheezing..doc kata Hannah Alergik..& Brochitis (bawah sikit dr asthma)..doc terus bg satu nota kecik tentang benda2 yg Hannah kena avoid..ce tgk nota ni..bagus kan?


Lepas je check dada & history Hannah doc buat ultrasound plk sbb nak tgk kot ada lendir kat paru2..doc kata dia hanya dengar ada lendir kat dada je..bila check ultrasound mmg ada lendir di dada..& doc kata kebanyakan budak batuk sbb lendir2 tu..selagi lendir tu ada selagi tu dia tak baik2..
(Hannah ni dr batuk kering-->batuk kahak--> batuk kering balik) Lepas ultarsound doc suruh Hannah amik Neb (sepanjang almost 3 bulan Hannah batuk, ada 2 kali Hannah amik Neb sbb doc dgr kahak dlm paru2 dia). Doc Baharom kata, neb tu akan cairkan kahak dia..so dgn relax Hannah pun amikla nebulizer tu..

Hannah yg steady..
Doc minta baca doa2 ni masa Neb..dia kata bkn dia yg menyembuhkan tp Allah swt
Lepas neb, Hannah kena duduk luar bilik doc selama 10 minit supaya kahak td cair sbb doc akan tepuk percussion & sedut kahak.. Lepas 10 minit assistant doc panggil masuk, tapi mommy tak blh masuk..doc advise xbg tgk..huwa..takutnya..but dont worry dr baharom ni dah pakar sgt..Doc dah explain dia akan buat tepuk percussion, sedut kahak dan 1 injection yg ada 3 fungsi utk anti alergik, anti lendir & antibiotik. Dalam masa yg sama dia amik darah utk lab test tgk kot2  darah ada jangkitan, tibi dsb..

Dari luar mommy dgr Hannah nangis siap ckp "ADUI..ADUI..YA ALLAH..SAKITNYA" Sedih betul..mommy menangis kat luar tu..bila dah siap, terus kt masuk peluk dia..

Sayang anak mommy
Lepas setel semua doc pesan supaya jg pantang..yg nota alergik tu..dan doa byk2..ada 5 ubat Hannah kena mkn & Hannah kena jumpa doc blk lg 2 minggu. Ubat tu ubat alergik, lendir, batuk, pernafasan & antibiotik. Jumlah byrnnya RM420..mahal atau murah kami dah xkisah aslkan anak2 dpt rawatan terbaik & kesihatan yg berpanjgn..

ubat2 yg sedap..huhu
Sekarang dah 2 minggu..mesti ramai nk tau hasilnya kan..24 Mac Hannah follow up lagi dgn Dr Baharom..tp Hannah dah tak perlu disedut kahaknya..dah xde hingus dah..semuanya dah kering..apa yg kami boleh katakan..syukur..syukur..syukur Ya Allah..terima kasih Allah kerana sentiasa ingat kami..drpd 5 ubat..Hannah dapat 2 ubat baru iaitu vitamin utk antibody die (utk sebln) dan ubat cegah lendir (utk sebln jgk) batuk dll ambil ketika perlu je.. byrn lbh kurang mcm yg pertama..syukur ya Allah..terima kasih krn masih lg syg pd hambaMu yg hina ni..terima kasih jg pd semua yg mendoakan kesihatan kami.

Doc Baharom juga seorg tabligh..dlm sethn mesti dia akan pegi 2-3 bln ke mana2 negara yg dia nk pegi..so dia da bg ubat siap utk cegah dan rawat sekali..

Alhamdulillah atas semua ujian..yg baik dtgnya dr Allah & yg buruk dr sy sendiri..semoga kawan2 dpt manfaat dr apa yg diceritakan ni..












Sunday, September 29, 2013

Fashion Show Fareeda (New Design of FAREEDA AISYA)

Assalamualaikum & greetings all..!

Entry kali ni nak bercerita tentang tudung favourite kite iaitu tudung brand Fareeda..memang tak dapat dipisahkan tudung dan wanita..hehe..tapi me suka sangat pakai semua design2 FAREEDA..sentiasa keluar dengan Idea2 baru yang kita pun tak terfikir..

Seperti yang semua sedia maklum, FAREEDA adalah syarikat Bumiputera Melayu yang diasaskan oleh Pn Faridah Zakaria..dan beliau juga la yang mencipta berbagai2 variasi tudung yang kalau orang perempuan pakai..mesti jatuh cinta..yang berawning ada..yang tak berawning pun ada..so u alls boleh tengok sendiri betapa pantasnya FAREDA updates new design mereka di page ni ye..


FYI, Pihak FAREEDA telah melancarkan rekaan terbaru mereka iaitu FAREEDA AISYA pada 15 September yang lepas..so macam mana rekaan terbaru mereka ni ye..u alls boleh scroll gambar2 di bawah untuk tengok rekaan FAREEDA AISYA ni..
Emcee Fashion Show FAREDA AISYA...Pn Suhaili Mohamad...
Ramai2 before start the show

With Cik Adila

Snap2 with Pn Nelly
Boleh intai tudung FAREEDA AISYA dengan warna2 menarik di belakang kami...meruntun jiwa..

With Ain
Fashion show FAREEDA AISYA start dlm pukul 3 petang..

Me yg malu2 kucing


Fareeda Asiya Tone 2 kaler
Tudung ini boleh ditempah terus dari Butik mereka yang terletak di Bandar Baru Bangi

  So selepas show..snap lagi..

Muka happy
Jumpa lagi u alls!!
Lepas habis fashion show..penonton boleh shopping tudung..yeay..!
Harga FAREEDA AISYA di antara RM125-RM135 (promo)

Ok tu je nak cerita..

See u then..tata!