Tuesday, March 12, 2013

Christchurch - Auckland..Belly Bump! (PART I)

Assalamualaikum & greetings all...

Wah..rajin kaklong update blog ye..takpe..yang penting semua tugas hakiki ku udah disiapkan..excited pulak nak bercerita tentang  tempat2 yang pernah kami kunjungi..tapi tempat yang kami pergi untuk kali ni adalah tempat yang di mana, baby Hannah sedang berada di dalam perutku ini..wah..sangat mencabar ok..lagi2 pregnancy baru 2 bulan..morning sickness?? tu la dia...pada awalnya, ramai jugak yang tak bagi pergi..tapi disebabkan banyak payment yang telah dibuat, ku gagahkan jua..

Bulan Mei 2012 adalah bulan terakhir AirAsia menawarkan perjalanan ke Christchurch disebabkan fuel charge yang tinggi..sesiapa yang ada beli tiket and fly selepas Mei 2012 akan dikembalikan wangnya..kami agak bertuah sebab our trip kali ni adalah pada bulan April..

As usual..flight tickets must be purchased earlier and of course masa promo kan..pilih punya pilih..Christchurch menjadi pilihan tanpa memikirkan segala earthquake yang berlaku kat sana..bila dah beli tiket, kawan2 tanya...tak takut gempa ke? then baru ternganga..aduh..tiket dah beli..nape la lupa segala berita yang dah dibaca..tu la..excited harga promo..takpela..later on fikir pasal semua tu..boleh?

Bila dah menghampiri hari yang nak berangkatnya, barulah sibuk cari hotel..and time tu la fikir untuk ke Auckland dari stay di Christchurch..kenapa Auckland? hehe..hubby kata ada tempat best untuk shopping..ke situ lagik! Kami tak nak ambil risiko untuk duduk di Christchurch..takut jugak..sedangkan gegaran sikit kat Putrajaya pun dah cuak..inikan pula gempa yang runtuh2 bagai..takut..!

So, dengan beraninya kami membeli tiket JetStar untuk ke Auckland..kalau tak silap...return tickets dia berharga RM300 seorang..dan kami juga terus booked hotel di Auckland..

Flight kami dari KL jam 12 malam..perjalanan ke Christchurch mengambil  masa lebih kurang 10 jam lebih..memang waktu ni dah ready beli kerusi lunjur untuk letak kaki..mau tak lenguh kaki..dah la tengah preggy..doctor advised supaya jangan terlalu lama duduk..if lenguh, kena berjalan2 dlm flight..yang bestnya, dalam flight memang tido tak hingat..seingatnya, lagi 2 jam nak sampai baru bangun...in between tu, bangun pun sebab stewardess kejutkan untuk bagi meals..huhu..

Day 1

Kami tiba di airport Christchurch jam 2 petang..masa di sini awal 5 jam dari waktu Malaysia..kiranya..kat Malaysia sekarang jam 10 pagi..sampai di Airport, memang kami plan untuk stay di Christchurch satu hari untuk pusing2 bandar dia..Ye la..dah datang jauh2, takkanla taknak tengok langsung Christchurch kan..so, kami ke hotel yang berhampiran dengan airport untuk check in..senang untuk kami berlepas ke Auckland keesokan harinya..

 hotel kami 5 minutes away from the airport..muka tak bermaya!

hotel dia berbentuk kabin2..sebab selalu sangat gempa
pukul 4 petang baru keluar dari hotel..sampai hotel tido dulu..alahan teruk jgk time ni

 bersebelahan dengan hotel kami ada tempat2 menarik ni..tapi hampir tutup jam 6 petang..lagi pun memang takde mood sgt nak berjalan..rasa nak tidur je kat hotel..


Walaupun kami tiba lewat di Christchurch, tapi kami mengambil keputusan untuk naik bas keliling town dia..Christchurch ni besar..tak macam Perth..and public transportnya bukan FREE..so, sebelum naik bas tu, kami dah tengok map siap2 untuk ke kawasan yang sepatutnya sahaja..

Kesimpulannya..bandar Christchurch ni sedang recovering dari gempa teruk tahun 2011..kami ke Christchurh April 2012..banyak jugak bangunan yang under construction..sayang sgt..
Kalau tak runtuh macam ni la keadaanya..

 tapi yang ni memang kami nampak dari atas flight..memang cantik sgt..
 tram ni pun ditutup akibat gempa
yang ni pun ditutup
 finally..kami pun balik..ni tengah dok tanya nak makan kat mana..
semua benda pun tak lalu nak makan..aduhai..



Day 2

Hari kedua kami masih di Christchurch..flight kami ke Auckland adalah pada jam 8.30 pagi..so pukul 5 pagi dah bangun..siap2 and terus ke airport..dari hotel ke airport menaiki shuttle hotel tu..free..ye la..5 minit je pun..

 tak sabar nak ke Auckland
 dalam airport


Kami tiba di Auckland jam 9 lebih if tak silap..penerbangan mengambil masa sejam lebih..ye kot..and kami dapat tau dari berita yang sejurus kami berlepas dari Christchurch, ada satu gempa berlaku..fuh..ketaq lutut jugakla..Alhamdulillah kami selamat dari apa2 bencana..syukur sgt2..

Sampai sahaja di airport Auckland, kami terus survey pengangkutan mana yang kami nak guna untuk ke town..ke bandar lebih kurang satu jam dari airport tersebut..hubby survey punya survey..naik shuttle yang paling menjimatkan..so terus kami dibawa oleh pakcik Singaporean yang bekerja di Auckland ni..

Dia pun bercerita yang pada hari kami tiba kat Auckland ni adalah hari Anzac Day..hari memperingati pejuang2 mereka..so office hour or business hour pada hari ini bermula lewat..dalam tengah hari macam tu..owh ok..and lagi satu, apa yang kami noticed adalah kebanyakan orang2 asli di New Zealand ni, iras mereka macam orang Melayu..hehe..ye la..

Kami Check in di Hotel Mecure Auckland Windsor di Queen Street..
sampai2 je hotel kite tido sampai pukul 2 petang..haha..
sian hubby wife die dok mabuk sepanjang hari..
 ada nandos..:))
 Queen Street
 suka dengan building2 kat sini

 jumpa food court yang banyak makanan halal..best2..dalam shopping mall
 ni mcm artifak kot

 on Anzac Day..belia2 ni pakai baju pahlawan..
maybe ada family member mereka yg bertugas sbg tentera etc..
 betul2 sebelah hotel kami..hehe
 masih bertenaga..terus menuju ke Quay Street..
ada jetty untuk ke pulau2 and kawasan2 lain dalam Auckland

 Kat jetty

 dok menelaah map

 berjalan balik ke hotel 
ala2 telaga harbour kat Langkawi tu..

Inilah aktiviti2 pada hari ini..banyak berjalan betul ibu mengandung ni..

Ok sambung berjalan pada hari esok k...

Tata

1 comment: