Wednesday, March 13, 2013

Majlis Ta'lim Darul Murtadza

Assalamualaikum & greetings all..!

Ramai yang bertanya apa tu Majlis Ta'lim? Sebenarnya kita pun baru sahaja join aktiviti2 ini....ada satu perasaan yang indah dan tenang bila kita memaksa diri untuk hadir ke majlis2 seperti ini berbanding ke majlis2 yang kita rela untuk pergi dengan harapan ianya menggembirakan..then bila balik ke rumah...rasa macam serabut dan membazir masa...

Pengetahuan tentang majlis ni datangnya daripada adik2 kita yang sememangnya rajin ke masjid..yang sorang lagi tu dah ke Jordan menuntut ilmu agama..semoga Arwah ayah akan lebih bercahaya dan semoga pusaranya bagaikan taman2 di syurga..Al-Fatihah untuk ayah yang paling kami sayang...

Apa yang kita perhatikan, dalam majlis ni ada bacaan kitab2 agama (tazkirah), qasidah dan sebagainya..bila bawa Hannah..dia nampaknya sangat suka..tenang and most of the time tido dengan sangat tenang..

jom sama2 kita memeriahkan majlis2 ni!

do visit Majlis Ta'lim Darul Murtadza untuk any updates dan aktiviti2 yang dilakukan..mungkin di masjid2 berhampiran anda ada majlis ta'lim macam ni..

Check it out!


Moga2 apa yang kita amalkan akan menjadi sumber kekuatan kita untuk terus menjadi khalifahnya..

No comments:

Post a Comment